FELS | ππ„ππ˜π„π‹πˆπƒπˆπŠ π”ππˆπ’π„π‹ π‘π€πˆπ‡ 𝟐 ππˆππ†π€π“ ππ„π‘π€πŠ πƒπ€π‹π€πŒ ππ„π‘π“π€ππƒπˆππ†π€π πˆπ“π„π— πŸπŸŽπŸπŸ‘

Pasukan penyelidik UNISEL telah meraih 2 pingat Perak dalam pertandingan ITEX 2022 (33rd International Invention, Innovation & Technology Exhibition) yang berlangsung pada 11 hingga 12 Mei 2023 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).
Pasukan penyelidik dari Fakulti Kejuruteraan dan Sains Hayat (FKSH), UNISEL yang diketuai oleh Ts. Dr. Nazlin Hanie Abdullah bersama ahli penyelidik iaitu Mohd Azam Mohd Adnan, Nurudin Habeed Mohd Mohd Abdul Settar dan Siti Marhamah Rosman telah berjaya menampilkan hasil penyelidikan yang bertajuk β€˜Smart Public Washroom Design for Users with Special Needs’ di bawah kategori β€˜Child Care & Special Care’.
Dalam pasa masa yang sama, pasukan penyelidik dari FKSH UNISEL yang diketuai oleh Pn. Sarimah Mat Nawi bersama ahli penyelidik iaitu Dr. Ahmad Norasidi bin Mohd Raffie, Aiman Afif bin Roslan dan Mohd Jaamia Qaadir Bin Mohd Badrin turut berjaya meraih anugerah melalui produk β€˜MikaHeal-Wound Healing Care Kit’ di bawah kategori Biotechnology.
Sesi penyampaian anugerah telah berlangsung pada 13 Mei 2023. Tahniah diucapkan kepada pemenang.
Β 
FAKULTI KEJURUTERAAN & SAINS HAYAT UNISEL
13 Mei 2023
Β 
Β 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *