28
AUG
2018

Sehari Bersama Sains: Insiatif Pelajar Unisel Menyantuni Rumah Pendidikan Al-Mahabbah

Oleh: Amira Shatar

Gambar pelajar UNISEL, pensyarah khidmat masyarakat, Encik Shahrul wakil YB Azmizam Zaman Huri bersama anak-anak yatim di hadapan Petrosains.

Gambar pelajar UNISEL, pensyarah khidmat masyarakat, Encik Shahrul wakil YB Azmizam Zaman Huri bersama anak-anak yatim di hadapan Petrosains.

« 1 of 21 »

KUALA LUMPUR, 20 0G0S 2018 –Seramai 29 orang anak yatim dari pendidikan Al-Mahabbah, Bandar Bukit Raja Klang telah diraikan di Petrosainsdi bawah program ‘A Day with Science’2018 anjuran 16 orang pelajar UNISEL. Keterujaan jelas terpancar pada wajah anak-anak ini yang pertama kalinya berpeluang menerokai dan bermain dengan permainan yang berkonsepkan sains dan alam sekitar di galeri tersebut.

Pengarah program, Syed Ahmad Syazwan Bin Syed Ismail berkata program sehari bersama sains ini merupakan usaha murni pelajar UNISEL bagi memberi pendedahan kepada kanak-kanak terhadap ilmu sains.

“Ianya bukan sahaja dari segi teori malah pada praktikalnya juga. Petrosains merupakan salah satu pusat yang sangat sesuai untuk kanak-kanak menimba ilmu sains seiring dengan arus semasa”.

Tujuan program khidmat komuniti ini adalah untuk menggalakkan penglibatan mahasiswa/i dalam aktiviti kemasyarakatan dan mendekatkan hubungan dengan komuniti terpilih.

Pengarah juga berkata program ini adalah untuk meningkatkan kemahiran insaniah pelajar UNISEL.

“Selain menarik minat pelajar untuk menimba ilmu, mereka juga dapat menguruskan masa dan menguruskan program-program yang dijalankan”.

Program ini turut dirasmikan oleh Encik Shahrul wakil YB Dato Azmizam Zaman Huri (Ahli Dewan Negeri N46, DUN Pelabuhan Klang). Beliau turut berkongsi keterujaan beliau berkenaan program ini.

“Petrosains mempunyai pelbagai eksperimen-eksperimen sains yang membuka minda anak-anak yatim. Dengan adanya program seperti ini, mereka dapat menambah ilmu pengetahuan tentang ilmu Sains”.

Antara aktiviti-aktiviti Sains yang boleh dilakukan oleh pengunjung adalah SPARKS (pertunjukan sains), oil platform, space gallery dan SPEED (kereta F1 dan helikopter).

Pada program sama, sumbangan turut disalurkan kepada wakil Pertubuhan Kebajikan dan Pendidikan Al-Mahabbah.

Print Friendly, PDF & Email

Leave a Reply

*

captcha *