FELS | FELS Undegraduate Symposium 3.0

Alhamdulillah ‘FELS Undegraduate Symposium 3.0’ terlah berlangsung dengan jayanya pada 29-30 Mac 2022. Simposium ini yang telah dirasmikan oleh Y.B. Puan Rozana binti Zainal Abidin, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang dan telah dihadiri oleh Y.Bhg. Dato’ Naib Canselor UNISEL  Prof Dato’ Dr Mohammad Redzuan Bin Othman telah berjaya mengumpulkan seramai 38 orang pelajar untuk membentangkan projek tahun akhir mereka.

Simposium ini juga melibatkan panel akademik dan industri daripada luar UNISEL bagi menjadi penilai kepada pembentangan pelajar. Penganjuran simposium ini adalah usaha FKSH, dengan matlamat untuk memenuhi sebahagian aktiviti seminar dan wacana peringkat universiti dengan melibatkan pelajar prasiswazah, di samping membantu mereka menghasilkan penulisan dan penerbitan jurnal atau sebarang bentuk artikel bagi meningkatkan hasil atau produk penyelidikan yang seiring dengan agenda universiti.

Tahniah diucapkan kepada pelajar-pelajar yang telah memenangi anugerah pembentang terbaik bagi setiap kategori. Semoga terus cemerlang di masa akan datang.FELS juga ingin mengucapkan sekalung penghargaan dan syabas kepada semua ahli jawatankuasa yang telah menjayakan majlis ini.

#FlyHighFELS

#uniselawesome

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *