FELS | Kursus Passport Keselamatan NIOSH-TM

FELS | 2 Mac 2023
Fakulti Kejuruteraan & Sains Hayat (FELS) telah mengadakan Kursus Passport Keselamatan NIOSH-TM iatu Program CSR anjuran NIOSH. Program yang berlangsung selama 1 hari ini terdapat 2 sesi iaitu pada Jumaat, 24hb Februari 2023 (Sesi 1)  dan Khamis , 2hb Mac 2023 (Sesi 2).
 
Kursus ini melibatkan seramai 80 orang pelajar-pelajar dari Fakulti Kejuruteraan dan Sains Hayat. Timbalan Dekan Pembangunan Pelajar, Sumber dan Penyelidikan Fakulti Kejuruteraan dan Sains Hayat Dr Intan Farha Ab Ghani, telah dijemput untuk menyampaikan ucapan alu-aluan pada majlis pembukaan kursus. En. Azizul Khaidir Bin Juaher dan tenaga pengajar En. Ahmad Aizuddin Ahmad Ridzwan dari pihak NIOSH merupakan panel yang menjalankan kursus.
 
Kursus Passport Keselamatan CSR ini ditawarkan HANYA kepada pelajar IPT dan Institut Latihan Kemahiran awam dan swasta sahaja sekaligus memberi peluang kepada pelajar-pelajar UNISEL mengikuti kursus ini.
 

click for more…. [1] [2]

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *