FELS | Majlis Perasmian dan Penutup Bengkel Rantai Nilai Inovasi (BERNAS)

31 Mac 2022

Fakulti Kejuruteraan dan Sains Hayat (FELS), UNISEL dengan penyertaan bersama Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) sebagai peneraju program Bengkel Rantai Nilai Inovasi (BERNAS).

Setinggi-tinggi terima kasih juga diucapkan kepada Kerajaan Negeri Selangor khususnya Jawatankuasa Tetap Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna, Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) yang telah memberikan peruntukkan bagi menjayakan program ini.

Program ini dilihat dapat meningkatkan kemahiran komunikasi serta keyakinan diri pelajar terutama ketika menyampaikan idea inovasi kepada pihak berkepentingan. Penglibatan penceramah dan mentor dari pelbagai industri utama juga telah memberi kelebihan kepada mereka.

Tahniah kepada pelajar yang telah berjaya menamatkan program seterusnya meningkatkan keyakinan mereka ketika berhadapan dengan alam pekerjaan dan menjadikan mereka lebih kehadapan serta berdaya saing dengan graduan dari IPT Iain. Ucapan terima kasih juga kepada semua Pensyarah dan staf yang terlibat sepanjang program BERNAS ini berlangsung.

#FlyhighFELS

#uniselawesome

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *