Projek ‘FACE SHIELD’ dan ‘HAND SANITIZER’, Fakulti Kejuruteraan & Sains Hayat

Jabatan Kejuruteraan daripada Fakulti Kejuruteraan dan Sains Hayat komited dalam membantu menyediakan ‘Face Shield’ dan ‘Hand Sanitizer’ untuk diedarkan di beberapa tempat di sekitar Bestari Jaya dan Ijok, Selangor.

Projek penghasilan ‘Face Shield’ dan ‘Hand Sanitizer’ diterajui oleh Dr. Nazlin Hanie Binti Abdullah, Penyelaras Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal dan dibantu oleh beberapa orang lagi pensyarah dan staf teknikal daripada Jabatan Kejuruteraan, Fakulti Kejuruteraan dan Sains Hayat. ‘Hand Sanitizer’ tersebut berjaya disiapkan dan kini telah pun diedar kepada beberapa premis di sekitar Universiti Selangor antaranya Family Mart dan Caltex Bestari Jaya, Petronas Ijok dan Speedmart Bestari Jaya.

Hari ini, ‘Face Shield’ dan ‘Hand Sanitizer’ turut disumbangkan kepada staf kesihatan di Klinik  Kesihatan Bestari Jaya dan Klinik Kesihatan Ijok, Selangor.

Semoga sumbangan kami mampu membantu dan meringkan beban semua yang terlibat terutamanya barisan hadapan kita.

Keep it up FELS! Together we fight Covid-19, In Unisel We Care.

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *