UNISEL Rangka Kerjasama Strategik Bersama Industri Aeroangkasa

Fakulti Kejuruteraan dan Sains Hayat, UNISEL telah menerima lawatan rasmi daripada pihak industri aeroangkasa pada 8 April 2021. Lawatan ini adalah bertujuan untuk membentuk jaringan kerjasama strategik antara UNISEL dan industri aeroangkasa di Malaysia. Sambutan lawatan ini diketuai oleh Professor Dr. Mohd. Nor Bin Nawawi, Ketua Pengarah Pusat Kecemerlangan UNISEL.

Delegasi terdiri daripada Dr Mohd Zulkufli Zakaria, Pegawai Dasar Ekonomi & Korporat kepada Dato’ Menteri Besar Selangor, Prof Ts. Shamsul Kamar Abu Samah, Ketua National Aerospace Industry Coordinating Office (NAICO) beserta dua orang staf. Manakala Selangor Darul Ehsan Aerospace Industry Coordination Office (S-DAICO) diwakili oleh Nurliyana Mohd Kamil dan Khairul Bariah Jailani.

Menerusi pertemuan tersebut, Dr. Nazlin Hanie Abdullah selaku Timbalan Dekan Akademik menerangkan kepakaran dan kursus yang ditawarkan di fakulti. Selanjutnya pihak industri bersama barisan penyelidik fakulti membincangkan dengan lebih spesifik mengenai potensi kerjasama antara kedua-dua pihak dalam bentuk pengajaran, pembelajaran dan juga peluang penyelidikan.

Semoga dengan inisiatif ini, diharapkan kerjasama di antara kedua pihak ini akan dapat direalisasikan dan seterusnya melayakkan UNISEL berada setaraf dengan institusi pengajian tinggi yang berprestij tinggi di mata dunia.