𝙆𝙪𝙧𝙨𝙪𝙨 𝙋𝙚𝙣𝙙𝙚𝙠 : 𝘽𝙀𝙉𝙂𝙆𝙀𝙇 𝘼𝙎𝘼𝙎 𝙃𝙄𝙎𝙏𝙊𝙇𝙊𝙂𝙄

𝟏𝟐 𝐍𝐨𝐯𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟒
Histologi adalah asas dalam memahami aspek struktur dan fungsi tisu yang memberikan sumbangan besar dalam diagnosis, penyelidikan, pendidikan, dan perkembangan teknologi dalam bioteknologi dan sains hayat. Sejajar dengan itu, Fakulti Kejuruteraan dan Sains Hayat (FKSH) dengan kerjasama HISTOCENTER telah menganjurkan Bengkel Asas Histologi yang bertujuan untuk memperkenalkan kepada para peserta secara menyeluruh berkenaan teknik-teknik asas dalam bidang histologi.
 
Para peserta juga turut didedahkan dengan pengetahuan teori dan kemahiran praktikal yang berkaitan dengan pemprosesan, pembenaman dan penghirisan tisu serta pewarnaan slaid menggunakan peralatan histologi berjenama Leica.
Sesi pertama bengkel ini dimulai dengan pengenalan kepada histologi yang telah disampaikan oleh Prof Madya Ts Dr Siti Hasmah binti Mohtar. Seterusnya sesi teori dan praktikal oleh Encik Amirul Rahman selaku wakil daripada HISTOCENTER sendiri.
 
Semoga bengkel ini dapat memberikan manfaat kepada semua peserta berkaitan dengan pengetahuan dan teknik-teknik asas histologi. Pengenalan kepada peralatan Leica juga diharapkan membantu para peserta memahami kepentingan penggunaan teknologi berkualiti tinggi dalam penyelidikan histologi.

Sesi Pemantapan Kertas Cadangan Penyelidikan FRGS 2025

Sukacita dimaklumkan bahawa Fakulti Kejuruteraan dan Sains Hayat (FELS) kini dalam usaha meningkatkan jumlah bilangan geran penyelidikan di kalangan ahli akademik fakulti. Bagi menyokong usaha ini, pihak fakulti akan menganjurkan