Activities

It’s all going on @FELS

At Fels’s you will never be short of the opportunities to meet like-minded students, make friends, or get involved in events and activities that interest you.

Program Strike & Unite Bowling Challenge (SUBC)

Program Strike & Unite Bowling Challenge (SUBC) telah diadakan pada 12 Februari 2026 di Bruns KL Bowl, Kuala Selangor. Program ini dianjurkan di bawah kursus Critical and Creative Thinking in Industry (Semester 2533S) dan turut merupakan aktiviti mentor–mentee bagi Program Diploma Teknologi Industri. Seramai 24 orang pelajar bersama pensyarah terlibat dalam program ini yang bertujuan mengeratkan hubungan, memupuk semangat kerja berpasukan serta menggalakkan persaingan sihat dalam suasana santai.
 
 

Program Penanaman Pokok Berembang

30 September 2023 – Fakulti Kejuruteraan dan Sains Hayat cakna dan komited dalam usaha mengekalkan kelestarian alam.
Selaras dengan usaha tersebut, FKSH telah menghantar seramai 20 peserta yang terdiri daripada pensyarah dan pelajar untuk sama-sama menggembleng tenaga dengan menyertai program penanaman pokok berembang.
Pokok berembang merupakan habitat kepada kelip-kelip dan usaha menanam semula pokok ini merupakan satu usaha murni dalam memastikan kelestarian populasi kelip-kelip
Semoga segala usaha murni ini dapat membuahkan hasil yang positif. Fly high FELS!

Pembersihan Sungai di Santuari Kelip-Kelip Kampung Kuantan, Kuala Selangor

20/9/2023 (Rabu)- Seramai 5 orang pensyarah dan 20 orang pelajar Fakulti Kejuruteraan dan Sains Hayat, UNISEL telah menyertai program Penanaman Pokok Berembang dan Pembersihan Sungai di Santuari Kelip-Kelip Kampung Kuantan, Kuala Selangor.
Program ini dianjurkan oleh Sungai Harmoni Sdn. Bhd. dengan kerjasama FKSH-UNISEL, dan Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS).
 
Semoga usaha ini akan memberi sejuta manfaat bukan sahaja kepada alam sekitar tetapi juga kepada masyarakat setempat.