Komunitani Meliponini Bersama Madu Iqra PLC Anjur Seminar Industri Lebah Kelulut

Komunitani Meliponini Bersama Madu Iqra PLC Anjur Seminar Industri Lebah Kelulut
BESTARI JAYA, 18 Januari 2025 – Komunitani Meliponini Fakulti Kejuruteraan dan Sains Hayat dengan kerjasama Madu Iqra PLC telah berjaya menganjurkan satu seminar bertemakan Industri Lebah Kelulut yang berlangsung dengan kehadiran tokoh-tokoh pakar dari beberapa universiti tempatan serta pihak MARDI dan NIBM.
Seminar ini bertujuan untuk membincangkan perkembangan semasa serta potensi industri lebah kelulut di Malaysia. Para peserta diberi pendedahan mendalam mengenai kaedah penternakan moden, inovasi dalam penghasilan madu, serta cabaran dan peluang dalam pasaran tempatan dan global.
Dalam masa yang sama, Kementerian Pelaburan, Perdagangan & Industri serta Jabatan Standard Malaysia turut mengadakan Sesi Konsultasi Umum Standard Madu Kelulut bagi Draf MS 2683 (First Revision) di lokasi yang sama. Sesi ini menarik perhatian seramai 126 peserta yang terdiri daripada penternak kecil-kecilan dan pemain utama industri.
Sesi konsultasi ini memberi peluang kepada semua pihak untuk memberikan maklum balas terhadap draf standard tersebut, yang bertujuan untuk meningkatkan kualiti dan standardisasi madu kelulut Malaysia, sekali gus memastikan produk tempatan mampu bersaing di pasaran antarabangsa.
Kerjasama erat antara institusi akademik, pihak kerajaan, dan industri diharap dapat merancakkan lagi perkembangan sektor lebah kelulut di Malaysia, menjadikannya sebagai salah satu industri penting dalam menyokong ekonomi negara.
 

𝐅𝐄𝐋𝐒 – 𝐒𝐄𝐊𝐀𝐋𝐔𝐍𝐆 𝐓𝐀𝐇𝐍𝐈𝐀𝐇

  𝐒𝐄𝐊𝐀𝐋𝐔𝐍𝐆 𝐓𝐀𝐇𝐍𝐈𝐀𝐇 kepada kakitangan FELS,𝐃𝐑. 𝐇𝐀𝐙𝐄𝐄𝐐 𝐇𝐀𝐙𝐖𝐀𝐍 𝐀𝐙𝐌𝐀𝐍 dan ahli pasukannya di atas kejayaan memperolehi geran:𝐈𝐍𝐈𝐒𝐈𝐀𝐓𝐈𝐅 𝐏𝐄𝐍𝐀𝐉𝐀𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐃𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐔𝐃𝐀𝐘𝐀𝐀𝐍 𝐒𝐀𝐈𝐍𝐒, 𝐓𝐄𝐊𝐍𝐎𝐋𝐎𝐆𝐈 & 𝐈𝐍𝐎𝐕𝐀𝐒𝐈 (𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐒𝐜𝐢𝐓𝐞𝐜𝐡𝟒𝐔 – 𝐒𝐓𝐄𝐌 𝐂𝐀𝐌𝐏