Kursus Asas Akuakultur: Penyediaan Makanan Hidup untuk Ikan dan Kualiti Air Sistem Akuaponik

*Kursus Asas Akuakultur: Penyediaan Makanan Hidup untuk Ikan dan Kualiti Air Sistem Akuaponik*
🌊 15-16 Januari 2025 🌱
Telah berlangsung dengan jayanya Kursus Asas Akuakultur: Penyediaan Makanan Hidup untuk Ikan dan Kualiti Air Sistem Akuaponik, bertempat di Makmal Bioteknologi Akuatik dan Makmal Alam Sekitar. Kursus selama dua hari ini telah menarik perhatian pelbagai lapisan masyarakat, termasuk para penternak, usahawan, serta individu yang menjadikan akuakultur sebagai hobi.
Program ini bertujuan memperkenalkan kaedah penyediaan makanan hidup untuk ikan, menggunakan phytoplankton (Chlorella) dan zooplankton, serta pengurusan kualiti air untuk sistem akuaponik yang efisien. Penceramah terlibat, Dr. Roshani Roshani Othman dan Cik Nur Akmal untuk sesi pertama dan kedua pada hari pertama dan Ts. Hazmin Missmynz Sofea untuk sesi hari kedua, berkongsi ilmu dan pengalaman mereka dalam bidang ini, menjadikan sesi pembelajaran lebih menarik dan interaktif.
Para peserta diberi peluang untuk:
✅ Memahami konsep asas dalam penyediaan makanan hidup.
✅ Mengenali teknik dan amalan terbaik dalam pengurusan sistem akuaponik.
✅ Meningkatkan pemahaman terhadap pentingnya kualiti air dalam memastikan kesihatan ikan.
Tidak hanya terhad kepada sesi teori, kursus ini turut menyediakan latihan amali, membolehkan peserta mempraktikkan ilmu yang diperoleh. Suasana perbincangan yang santai namun informatif menyemarakkan lagi minat peserta terhadap bidang akuakultur.
✨ Maklum Balas Peserta
Ramai peserta memberi maklum balas positif kerana kursus ini memberikan nilai tambah kepada aktiviti mereka, sama ada dalam sektor perniagaan, pertanian, atau sekadar hobi. Beberapa peserta turut menyatakan minat untuk mendalami bidang akuakultur melalui kursus-kursus lanjutan di masa hadapan.
Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada peserta, dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan kursus ini. Semoga ilmu yang dikongsi dapat dimanfaatkan untuk memajukan bidang akuakultur di Malaysia.
Teruskan mengikuti laman ini untuk maklumat terkini mengenai program-program akan datang. 🌟
#Akuakultur #KualitiAir #MakananHidup #Akuaponik #KursusAkuakultur

FSTE – 𝐓𝐚𝐡𝐧𝐢𝐚𝐡 𝐝𝐚𝐧 𝐬𝐲𝐚𝐛𝐚𝐬

  𝐓𝐚𝐡𝐧𝐢𝐚𝐡 𝐝𝐚𝐧 𝐬𝐲𝐚𝐛𝐚𝐬 𝐝𝐢𝐮𝐜𝐚𝐩𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐰𝐚𝐫𝐠𝐚 𝐅𝐚𝐤𝐮𝐥𝐭𝐢 𝐒𝐚𝐢𝐧𝐬, 𝐓𝐞𝐤𝐧𝐨𝐥𝐨𝐠𝐢 𝐝𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐣𝐮𝐫𝐮𝐭𝐞𝐫𝐚𝐚𝐧 (𝐅𝐒𝐓𝐄), 𝐔𝐍𝐈𝐒𝐄𝐋! Fakulti melakar pencapaian membanggakan apabila berjaya merangkul Best Paper Award di The