From “Computation” to “Validation”: CADD-Driven Design of Interferon α2b Mutants
Fakulti Sains, Teknologi dan Kejuruteraan (FSTE), Universiti Selangor (UNISEL) telah berjaya menganjurkan China–Malaysia Health Care Kaiwu Workshop: International Training pada 3 November 2026 bertempat di Training Center, FSTE secara hibrid.
Dalam Bengkel ini Prof. Zhang Zaiguo dari Heilongjiang Agricultural Engineering Vocational University, China berkongsi ilmu berkaitan sebagai reka bentuk mutan Interferon α2b berasaskan pendekatan Computer-Aided Drug Design (CADD).
Program ini menjadi platform perkongsian kepakaran, pemindahan ilmu dan pengukuhan hubungan akademik serta kerjasama penyelidikan antara Malaysia dan China, khususnya dalam bidang bioteknologi dan penjagaan kesihatan.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Heilongjiang Agricultural Engineering Vocational University, Jabatan Antarabangsa UNISEL serta semua pihak yang telah menjayakan penganjuran program ini.
Semoga kolaborasi antarabangsa seperti ini terus membuka ruang kepada lebih banyak peluang penyelidikan, inovasi dan kecemerlangan akademik pada masa hadapan.
Bersama Melangkah ke Arah Kecemerlangan Akademik Bertaraf Global! 




