Komunitani Meliponini Bersama Madu Iqra PLC Anjur Seminar Industri Lebah Kelulut

Komunitani Meliponini Bersama Madu Iqra PLC Anjur Seminar Industri Lebah Kelulut
BESTARI JAYA, 18 Januari 2025 – Komunitani Meliponini Fakulti Kejuruteraan dan Sains Hayat dengan kerjasama Madu Iqra PLC telah berjaya menganjurkan satu seminar bertemakan Industri Lebah Kelulut yang berlangsung dengan kehadiran tokoh-tokoh pakar dari beberapa universiti tempatan serta pihak MARDI dan NIBM.
Seminar ini bertujuan untuk membincangkan perkembangan semasa serta potensi industri lebah kelulut di Malaysia. Para peserta diberi pendedahan mendalam mengenai kaedah penternakan moden, inovasi dalam penghasilan madu, serta cabaran dan peluang dalam pasaran tempatan dan global.
Dalam masa yang sama, Kementerian Pelaburan, Perdagangan & Industri serta Jabatan Standard Malaysia turut mengadakan Sesi Konsultasi Umum Standard Madu Kelulut bagi Draf MS 2683 (First Revision) di lokasi yang sama. Sesi ini menarik perhatian seramai 126 peserta yang terdiri daripada penternak kecil-kecilan dan pemain utama industri.
Sesi konsultasi ini memberi peluang kepada semua pihak untuk memberikan maklum balas terhadap draf standard tersebut, yang bertujuan untuk meningkatkan kualiti dan standardisasi madu kelulut Malaysia, sekali gus memastikan produk tempatan mampu bersaing di pasaran antarabangsa.
Kerjasama erat antara institusi akademik, pihak kerajaan, dan industri diharap dapat merancakkan lagi perkembangan sektor lebah kelulut di Malaysia, menjadikannya sebagai salah satu industri penting dalam menyokong ekonomi negara.
 

FSTE – 𝐓𝐚𝐡𝐧𝐢𝐚𝐡 𝐝𝐚𝐧 𝐬𝐲𝐚𝐛𝐚𝐬

  𝐓𝐚𝐡𝐧𝐢𝐚𝐡 𝐝𝐚𝐧 𝐬𝐲𝐚𝐛𝐚𝐬 𝐝𝐢𝐮𝐜𝐚𝐩𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐰𝐚𝐫𝐠𝐚 𝐅𝐚𝐤𝐮𝐥𝐭𝐢 𝐒𝐚𝐢𝐧𝐬, 𝐓𝐞𝐤𝐧𝐨𝐥𝐨𝐠𝐢 𝐝𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐣𝐮𝐫𝐮𝐭𝐞𝐫𝐚𝐚𝐧 (𝐅𝐒𝐓𝐄), 𝐔𝐍𝐈𝐒𝐄𝐋! Fakulti melakar pencapaian membanggakan apabila berjaya merangkul Best Paper Award di The