11 Jun 2026 | Selangor
Pameran Pendidikan dan Kerjaya sempena Karnival Semarak SUSESS & STEM Spark Carnival Peringkat Negeri Selangor 2026 telah berjaya dilaksanakan hasil kerjasama pihak sekolah dan PIBG dengan penglibatan murid Tingkatan 3 hingga Tingkatan 5 dari SMK Bandar Baru Saujana Utama 2, Sungai Buloh.
ย
Program ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada murid berkaitan hala tuju pendidikan selepas SPM, khususnya peluang melanjutkan pengajian ke peringkat asasi dan diploma, di samping meningkatkan minat terhadap bidang Sains, Teknologi,
Kejuruteraan dan Matematik (STEM).
ย
Universiti Selangor (UNISEL) turut menyokong program ini melalui penglibatan tiga orang pensyarah, iaitu Dr. Saibah Sirega daripada Fakulti Komunikasi, Seni Visual dan Pengkomputeran (FCVAC), serta Puan Rozila binti Alias dan Ts. Noor Halini binti Baharim daripada Fakulti Sains, Teknologi dan Kejuruteraan (FSTE). Selain berkongsi mengenai laluan pendidikan di UNISEL, para pensyarah turut melaksanakan aktiviti STEM interaktif melalui modul DIY Dunia Mikrob.
ย
Program ini turut dimeriahkan dengan penyertaan pelbagai institusi pengajian tinggi, jemputan dari sekolah berdekatan dan agensi IPT seperti UPNM, UiTM, MSU, Kolej Geomatika, STDC, UniKL, UM, Kolej Vokasional Kuala Selangor, SEGi, serta agensi kerajaan termasuk JPJ, Jabatan Penjara Malaysia dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia yang menyediakan pameran, perkongsian serta pendedahan berkaitan laluan pendidikan dan kerjaya.
ย
Secara keseluruhannya, program ini berjaya meningkatkan kesedaran dan minat murid terhadap bidang STEM serta membantu mereka merancang laluan pendidikan dan kerjaya dengan lebih jelas dan berinformasi.
ย
ย
ย



