𝐅𝐄𝐋𝐒 – Short Course Intoducing to Spray-Drying Technique

15 April 2026 | Short Course Intoducing to Spray-Drying Technique
 
Makmal Analisis Makanan & Bioproses, Fakulti Kejuruteraan dan Sains Hayat (FELS), telah berjaya menganjurkan Short Course: Introduction to Spray-drying Technique pada 15 April 2026 yang berlangsung dengan jayanya.
Kursus ini telah diadakan dari jam 9.30 pagi hingga 12.30 tengah hari dan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada para peserta yang terdiri daripada pelajar serta individu yang berminat dalam bidang pemprosesan makanan dan bioproses.
Sepanjang kursus ini, para peserta telah didedahkan dengan konsep asas serta aplikasi teknik spray drying, termasuk demonstrasi penggunaan peralatan makmal secara hands-on bagi meningkatkan kefahaman praktikal.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepadaDr Norakma Mohd Nor, Dr Rodiah Mohd Hassan dan Dr Nurhafizah Ibrahim atas komitmen dan perkongsian ilmu yang sangat bermanfaat.
Terima kasih juga kepada semua peserta atas penyertaan dan komitmen yang diberikan. Diharapkan ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan dalam bidang masing-masing.
 

FSTE – SYABAS & TAHNIAH!

SYABAS & TAHNIAH!  Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Dr Zou Seyin, Prof. Madya. Ts. Dr. Siti Hasmah binti Mohtar, Dr Roshani binti Othman dan Dr Rodiah

FSTE – SYABAS & TAHNIAH!

SYABAS & TAHNIAH!  Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Dr. Mohd Azam Bin Mohd Adnan dan barisan ahli kumpulan atas kejayaan menerbitkan artikel penyelidikan dalam jurnal berimpak