Teluk Kumbar, Bayan Lepas, 2 Julai 2025 โ Program Rehlah Sains anjuran Pusat Sains Negara Cawangan Wilayah Utara telah berlangsung meriah di Sekolah Menengah Islam (SMI) Al-Itqan dengan pengisian ceramah bertajuk โInspirasi Sains, Teknologi dan Inovasi dari Alam Ciptaan Tuhanโ.
ย
Ceramah tersebut telah disampaikan oleh ๐ฃ๐ฟ๐ผ๐ณ. ๐ ๐ฎ๐ฑ๐๐ฎ ๐ง๐. ๐๐ฟ. ๐ ๐๐ต๐ฎ๐บ๐บ๐ฎ๐ฑ ๐ก๐ฎ๐๐ถ๐ฟ ๐ฏ๐ถ๐ป ๐ ๐ผ๐ต๐ฎ๐บ๐บ๐ฒ๐ฑ ๐๐ต๐ฎ๐น๐ถ๐ฑ dari Fakulti Kejuruteraan dan Sains Hayat (FELS), Universiti Selangor, selaku penceramah jemputan. Beliau menekankan bagaimana alam semula jadi yang diciptakan Tuhan sarat dengan inspirasi untuk perkembangan sains dan teknologi moden. Antara yang diketengahkan ialah contoh biomimikri โ inovasi yang diilhamkan daripada keunikan sistem alam seperti struktur tumbuhan, haiwan, dan fenomena alam.
ย
Menurut beliau, pendekatan ini bukan sahaja menggalakkan pelajar berfikir kritis dan kreatif, malah menyemai rasa syukur serta kesedaran bahawa ilmu sains seharusnya membawa manusia lebih dekat kepada Pencipta.
ย
Program ini mendapat sambutan baik daripada para pelajar dan guru, yang teruja dengan perkongsian tersebut. Pihak sekolah berharap penganjuran seumpama ini dapat diteruskan bagi membina generasi yang bukan sahaja celik sains dan teknologi, tetapi juga berakhlak serta berdaya inovasi.
ย
ย








