𝐓𝐚𝐡𝐧𝐢𝐚𝐡 𝐝𝐚𝐧 𝐬𝐲𝐚𝐛𝐚𝐬 𝐝𝐢𝐮𝐜𝐚𝐩𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐰𝐚𝐫𝐠𝐚 𝐅𝐚𝐤𝐮𝐥𝐭𝐢 𝐒𝐚𝐢𝐧𝐬, 𝐓𝐞𝐤𝐧𝐨𝐥𝐨𝐠𝐢 𝐝𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐣𝐮𝐫𝐮𝐭𝐞𝐫𝐚𝐚𝐧 (𝐅𝐒𝐓𝐄), 𝐔𝐍𝐈𝐒𝐄𝐋!
Fakulti melakar pencapaian membanggakan apabila berjaya merangkul Best Paper Award di The International Conference on Quality, Sustainability & Innovation in Science and Technology Education (IQ-SITE 2026). Persidangan berprestij anjuran Centre for Sustainable Academic Leadership Development (LEAD), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) ini telah berlangsung dengan jayanya pada 1–2 September 2026 bertempat di Penang Waterfront Convention Centre (PWCC), Pulau Pinang.
“Evaluating the Impact of Active Learning and Experiential Site Learning on Student Achievement and Learning Experience in Environmental Management for Engineering Education”
Tahniah diucapkan kepada barisan penyelidik :
Ketua Penyelidik: Ts. Hazmin binti Mansor (FSTE)
Penyelidik Bersama:
1. Dr. Noor Asiah binti Hassan (FSTE)
2. Ts. Noor Halini binti Baharim (FSTE)
3. Cik Hanita binti Hashim, Fakulti Komunikasi, Seni Visual dan Pengkomputeran (FCVAC), UNISEL
4. Pn. Yati Ashikin binti Abd Wahab, (FCVAC), UNISEL
5. PM Ts. Dr. Hafizah binti Mansor, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, (UIA)
6. Prof. Ir. Dr. Che Maznah binti Mat Isa, UniMAP
Pendekatan pembelajaran berasaskan pengalaman (experiential learning) ini terbukti berkesan dalam meningkatkan pemahaman serta penglibatan aktif pelajar secara praktikal bagi subjek pengurusan alam sekitar. Kejayaan kajian ini mencerminkan komitmen berterusan para penyelidik dalam memperkasakan kualiti, kelestarian, dan inovasi dalam pendidikan sains dan teknologi selari dengan perkembangan era moden.
Semoga pencapaian cemerlang ini menjadi pemangkin semangat untuk terus menghasilkan kajian berimpak tinggi yang memberi manfaat secara menyeluruh kepada dunia akademik dan industri.




