FSTE – PROGRAM CERAMAH STEM 2026 | SMK SEKSYEN 3, BANDAR KINRARA

🚀 PROGRAM CERAMAH STEM 2026 | SMK SEKSYEN 3, BANDAR KINRARA
 
Pada 17 September 2026, Fakulti Sains, Teknologi dan Kejuruteraan (FSTE), Universiti Selangor (UNISEL) telah menjayakan Program Ceramah STEM 2026 bersama 300 pelajar Tingkatan 3 di SMK Seksyen 3, Bandar Kinrara, Puchong, Selangor.
 
🎯 Program ini memberi pendedahan kepada pelajar tentang dunia Science, Technology, Engineering & Mathematics (STEM) serta membuka minda mereka terhadap pelbagai peluang kerjaya dalam bidang STEM.
💡 Sesi 1: “STEM dan Kerjaya”
Disampaikan oleh Puan Rozila binti Alias
🔬 Sesi 2: “STEM: Myths VS Reality”
Disampaikan oleh Dr. Noor Asiah binti Hassan
 
Turut bersama menjayakan program, Ts. Noor Halini binti Baharim yang membimbing pelajar dalam sesi perbincangan kumpulan serta menggalakkan mereka berkongsi idea dan pandangan berkaitan STEM. 💬
 
✨ Semoga perkongsian ini menjadi pencetus kepada para pelajar untuk berani meneroka, mencipta dan membina masa depan melalui STEM.
 
STEM bukan sekadar subjek — STEM ialah ruang untuk mencipta masa depan! 🌱🔬🚀
 

FSTE – CHINA–MALAYSIA HEALTH CARE KAIWU WORKSHOP 2026

From “Computation” to “Validation”: CADD-Driven Design of Interferon α2b MutantsFakulti Sains, Teknologi dan Kejuruteraan (FSTE), Universiti Selangor (UNISEL) telah berjaya menganjurkan China–Malaysia Health Care Kaiwu