FSTE – CAREER DAY 2026 | BRAINY BUNCH INTERNATIONAL SCHOOL, AMPANG

🚀 CAREER DAY 2026 | BRAINY BUNCH INTERNATIONAL SCHOOL, AMPANG
 
✨ Learn. Grow. Build Your Future.
Pada 17 September 2026, Fakulti Sains, Teknologi dan Kejuruteraan (FSTE), Universiti Selangor (UNISEL) telah menjayakan Career Day 2026 di Brainy Bunch International School, Taman Melawati, Ampang yang melibatkan seramai 100 pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5.
 
🎯 Program ini memberi pendedahan kepada pelajar tentang dunia kerjaya melalui perkongsian ilmu, inspirasi kerjaya dan aktiviti interaktif yang membantu mereka mengenali minat, potensi, kekuatan diri serta hala tuju masa depan.
 
💡 Antara pengisian menarik:
🔹 How to Choose Your Career After High School
🔹 Future Ready: Developing the Mindset, Skills and Goals for Career Success
🔹 Pathway to Academia: Preparing for a Career as a Lecturer
🔹 Guess My Career Challenge
🔹 Pitch Yourself in 60 Seconds
 
Sesi perkongsian bersama Puan Rozila binti Alias, Pensyarah Kanan FSTE, UNISEL turut membuka perspektif pelajar mengenai laluan kerjaya dalam bidang akademia serta persediaan yang boleh dimulakan sejak di bangku sekolah.
 
🌟 Kerjaya bukan sekadar memilih pekerjaan. Ia adalah sebuah perjalanan yang memerlukan keberanian untuk mencuba, kesungguhan untuk belajar dan kesediaan untuk terus berkembang.
 
Semoga Career Day 2026 menjadi pencetus inspirasi kepada para pelajar untuk berani mengenali potensi diri dan membina masa depan yang diimpikan.
 
💙 Your Future Starts With You!
 

FSTE – SYABAS & TAHNIAH!

SYABAS & TAHNIAH!  Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Dr Zou Seyin, Prof. Madya. Ts. Dr. Siti Hasmah binti Mohtar, Dr Roshani binti Othman dan Dr Rodiah

FSTE – SYABAS & TAHNIAH!

SYABAS & TAHNIAH!  Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Dr. Mohd Azam Bin Mohd Adnan dan barisan ahli kumpulan atas kejayaan menerbitkan artikel penyelidikan dalam jurnal berimpak

FSTE – TAHNIAH DR. EMI FAZLINA BT HASHIM!

TAHNIAH DR. EMI FAZLINA BT HASHIM!  Sekalung tahniah diucapkan kepada Dr. Emi Fazlina Bt Hashim atas penganugerahan Ijazah Doktor Falsafah dalam Kejuruteraan (Kejuruteraan Alam Sekitar