ย
FKSH dengan kerjasama Invest Selangor telah berjaya menganjurkan Program SCOUT 2026 pada 29 April 2026 bertempat di Dewan Senat, Kampus Bestari Jaya.
Program ini dirangka khas sebagai platform pertemuan antara mahasiswa dan peneraju industri bagi membincangkan trend kerjaya masa kini serta keperluan pasaran buruh di Selangor.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada rakan kolaborasi kami, Invest Selangor Berhad, serta wakil-wakil industri daripada Qarbotech Sdn Bhd, Mentari Alam Eko, Maxpreen Sdn Bhd, dan Bioeconomy Corporation di atas kesudian berkongsi ilmu dan kepakaran.
Syabas diucapkan kepada semua peserta dan jawatankuasa pelaksana di atas kelancaran program ini. Komitmen anda membuktikan mahasiswa UNISEL sentiasa bersedia mendepani cabaran industri.
ย


