FSTE – Program Penanaman Anak Pokok Bakau di Sungai Yu, Kuala Selangor

Program Penanaman Anak Pokok Bakau di Sungai Yu, Kuala Selangor 🌱
 
Pada 16 Jun 2026, Fakulti Sains,Teknologi dan Kejuruteraan (FSTE), UNISEL dengan kerjasama Air Selangor dan Jabatan Perhutanan telah berjaya menganjurkan Program Penanaman Anak Pokok Bakau di Sungai Yu, Kuala Selangor.
 
Seramai 30 peserta yang terdiri daripada pelajar dan warga FSTE telah berganding bahu menanam sebanyak 1,000 anak pokok bakau sebagai usaha menyokong pemuliharaan alam sekitar dan kelestarian ekosistem pesisir pantai.
 
Program yang diketuai oleh Ts. Dr. Fadzli, Dr. Roshani Othman dan Dr. Noor Asiah Hassan ini bukan sahaja memberi pengalaman pembelajaran lapangan yang bermakna, malah meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan hutan bakau sebagai habitat semula jadi dan benteng perlindungan daripada hakisan pantai.
 
Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Bersama-sama kita memelihara alam sekitar demi kesejahteraan generasi akan datang. 💚