Program Global Exchange Malaysia (GEM) Siri 4 di Universiti Selangor (UNISEL) yang melibatkan seramai 23 orang pelajar dari Universitas Terbuka Indonesia dan Universitas Persada Indonesia telah melabuhkan tirainya dengan jayanya.
ย
Program yang berlangsung selama 30 hari, bermula 8 Jun hingga 7 Julai 2026, telah memberi peluang kepada para peserta untuk mengikuti pelbagai aktiviti akademik, kebudayaan dan pengalaman pembelajaran di UNISEL. Sepanjang program ini, para pelajar turut mengikuti beberapa kursus yang dikendalikan oleh Fakulti Sains, Teknologi dan Kejuruteraan (FSTE).
ย
Pihak FSTE merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pensyarah serta warga fakulti yang telah memberikan komitmen dan kerjasama dalam menjayakan program ini.
Syabas dan terima kasih atas dedikasi yang diberikan. Semoga jalinan kerjasama antara institusi akan terus diperkukuhkan pada masa hadapan. 


ย
#UNISEL #FSTE #GlobalExchangeMalaysia #GEM #Internationalisation #MalaysiaIndonesia #HigherEducation
ย



