FSTE – Program Mentor-Mentee Pendakian & Rekreasi di Santuari Ikan Sungai Chilling, Kuala Kubu Bharu

Program Mentor-Mentee Pendakian & Rekreasi di Santuari Ikan Sungai Chilling, Kuala Kubu Bharu 🥾
 
Pada 5 Julai 2026, pelajar kursus Critical and Creative Thinking Semester April 2026, Fakulti Sains, Teknologi dan Kejuruteraan (FSTE), Universiti Selangor (UNISEL) telah berjaya menganjurkan Program Mentor-Mentee Pendakian & Rekreasi di Sungai Chilling, Kuala Kubu Bharu, Selangor.
Program yang telah disertai oleh 30 orang peserta yang terdiri dari 6 pensyarah dan para pelajar dari Diploma Teknologi Industri. Program ini bukan sekadar aktiviti riadah, malah menjadi platform pembelajaran berasaskan pengalaman (experiential learning) yang memberi peluang kepada peserta mengaplikasikan elemen pemikiran kritis dan kreatif dalam situasi sebenar. Melalui aktiviti pendakian, peserta didedahkan kepada aspek penyelesaian masalah, pembuatan keputusan, pengurusan risiko, komunikasi berkesan dan kerja berpasukan.
 
Program ini turut berjaya mencapai objektifnya dalam mengukuhkan hubungan mentor-mentee, menggalakkan amalan gaya hidup sihat, memupuk penghargaan terhadap alam semula jadi, serta membentuk pelajar yang lebih berdaya tahan, berkeyakinan dan mempunyai kemahiran insaniah yang selari dengan aspirasi UNISEL untuk melahirkan graduan holistik dan berdaya saing.
 
💚 Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pensyarah, pelajar dan pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini. Semoga program seumpama ini terus menjadi wadah dalam melahirkan graduan yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik, malah memiliki daya fikir kritis, kreativiti, semangat kepimpinan, serta menghargai kesejahteraan diri dan kelestarian alam.
 

FSTE – TAHNIAH PENSYARAH FSTE!

TAHNIAH PENSYARAH FSTE!  Geran Penyelidikan dan Inovasi Pembangunan Negeri Selangor 2026 (SELIDIK 2026)Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada para pensyarah Fakulti Sains, Teknologi dan Kejuruteraan (FSTE), Universiti

FSTE – 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐊𝐔𝐇 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐒𝐓𝐑𝐀𝐓𝐄𝐆𝐈𝐊 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐈𝐍𝐒𝐓𝐈𝐓𝐔𝐒𝐈 𝐂𝐇𝐈𝐍𝐀

𝐔𝐍𝐈𝐒𝐄𝐋 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐊𝐔𝐇 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐒𝐓𝐑𝐀𝐓𝐄𝐆𝐈𝐊 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐈𝐍𝐒𝐓𝐈𝐓𝐔𝐒𝐈 𝐂𝐇𝐈𝐍𝐀 29 Julai 2026 – Universiti Selangor (UNISEL) menerusi Jabatan Antarabangsa bersama Fakulti Sains Teknologi dan Kejuruteraan (FSTE) telah menerima