FSTE – ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ πŠπ„πŒ π’π“π„πŒ (π‚π€πŒππ”π’ π•πˆππ„π’ πŸπŸŽπŸπŸ”)

Program Kem STEM Campus Vibes 2026 anjuran Fakulti Sains, Teknologi dan Kejuruteraan (FSTE), Universiti Selangor (UNISEL) membuka tirai dengan penuh semangat dan keterujaan di Kampus Bestari Jaya!
Β 
Seramai 81 orang pelajar dari SMK Jalan Tiga, Bandar Baru Bangi menyertai program yang berlangsung selama dua hari, 28 hingga 29 Oktober 2026, bagi meneroka dunia Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) melalui pengalaman pembelajaran yang interaktif, kreatif dan menyeronokkan.
Β 
Majlis pembukaan telah dirasmikan oleh Pn. Rozila binti Alias ( Timbalan Pengarah Program I)sebagai simbolik bermulanya pengembaraan ilmu yang bertujuan mencungkil potensi, mengasah pemikiran kritis serta menyemarakkan minat pelajar terhadap bidang STEM.
Β 
Program diteruskan dengan taklimat STEM Forensik yang disampaikan oleh Dr. Hazeeq Hazwan Bin Azman (Timbalan Pengarah Program II) yang memberikan pendedahan kepada para peserta tentang aplikasi sains dalam bidang forensik serta peranannya dalam membantu penyiasatan dan penyelesaian kes.
Β 
Semoga Program Kem STEM Campus Vibes 2026 menjadi pemangkin kepada lahirnya generasi muda yang berfikiran kritis, kreatif dan inovatif, serta berani meneroka masa depan! πŸ’‘πŸ§ͺβš™οΈ
Β 
FSTE UNISEL β€” Meneroka STEM, Mencipta Masa Depan!
Β 
Part 1
Β 
Part 2
Β 
Part 3
Β 
Part 4

FSTE – CHINA–MALAYSIA HEALTH CARE KAIWU WORKSHOP 2026

From β€œComputation” to β€œValidation”: CADD-Driven Design of Interferon Ξ±2b MutantsFakulti Sains, Teknologi dan Kejuruteraan (FSTE), Universiti Selangor (UNISEL) telah berjaya menganjurkan China–Malaysia Health Care Kaiwu

FSTE – SYABAS & TAHNIAH!

SYABAS & TAHNIAH! Β Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Dr Zou Seyin, Prof. Madya. Ts. Dr. Siti Hasmah binti Mohtar, Dr Roshani binti Othman dan Dr Rodiah