FSTE – MALAYSIA ROBOTIC & AI COMPETITION PERINGKAT KEBANGSAAN CIPTA SEJARAH DI UNISEL!

MALAYSIA ROBOTIC & AI COMPETITION PERINGKAT KEBANGSAAN CIPTA SEJARAH DI UNISEL! 🤖🇲🇾
 
UNISEL Kampus Bestari Jaya, 22 Ogos 2026 – Malaysia Robotic & AI Competition (MRAC) 2026 Sekolah Rendah & Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan telah berjaya dilaksanakan dengan penuh meriah di Dewan Canselor, Universiti Selangor (UNISEL), Kampus Bestari Jaya.
 
Program anjuran SJKT Kampung Kayan bersama rakan strategik Karisma Mutiara Sdn. Bhd., dengan sokongan Jabatan Pendidikan Negeri Perak dan Pejabat Pendidikan Daerah Manjung, telah dilaksanakan dalam dua fasa.
Fasa pertama yang dijalankan secara maya berjaya menarik penyertaan lebih 10,000 peserta, manakala fasa fizikal yang berlangsung di UNISEL menghimpunkan sekitar 1,000 peserta dari 15 negeri di Malaysia.
 
Sebanyak 256 pasukan telah bertanding dalam tiga kategori utama, iaitu:
🤖 Junior – 187 pasukan
🤖 Intermediate – 47 pasukan
🤖 Senior – 22 pasukan
 
Majlis telah dirasmikan oleh Tuan Haji Musa bin Hamid, Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Manjung, Perak.
MRAC 2026 bukan sekadar medan pertandingan robotik dan kecerdasan buatan, malah menjadi platform penting dalam mencungkil bakat generasi muda serta mengembangkan kreativiti, inovasi, pemikiran kritis, kemahiran penyelesaian masalah dan minat terhadap bidang STEM serta teknologi masa hadapan.
 
Pihak penganjur turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak pengurusan Universiti Selangor (UNISEL) atas kepercayaan, sokongan dan kerjasama yang diberikan dalam menjayakan program ini, termasuk penyediaan kemudahan Dewan Canselor.
 
Turut terlibat dalam program ini ialah Puan Rozila binti Alias, Pensyarah Kanan, Fakulti Sains, Teknologi dan Kejuruteraan (FSTE), UNISEL yang telah menyampaikan taklimat serta penerangan berkaitan program pengajian yang ditawarkan di UNISEL kepada para peserta dan pengunjung.
 
Penganjuran MRAC 2026 membuktikan bahawa kerjasama strategik antara sekolah, universiti, industri dan agensi pendidikan mampu membuka lebih banyak peluang kepada generasi muda untuk meneroka dunia robotik, kecerdasan buatan dan inovasi.
Semoga kerjasama seperti ini dapat terus diperkukuhkan dalam usaha memperkasakan pendidikan STEM, robotik dan AI di Malaysia serta melahirkan generasi yang berdaya saing, kreatif dan inovatif.
 
🌟 MRAC 2026 – Anda Hebat! 🤖🚀
 

FSTE – 𝐓𝐚𝐡𝐧𝐢𝐚𝐡 𝐝𝐚𝐧 𝐬𝐲𝐚𝐛𝐚𝐬

  𝐓𝐚𝐡𝐧𝐢𝐚𝐡 𝐝𝐚𝐧 𝐬𝐲𝐚𝐛𝐚𝐬 𝐝𝐢𝐮𝐜𝐚𝐩𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐰𝐚𝐫𝐠𝐚 𝐅𝐚𝐤𝐮𝐥𝐭𝐢 𝐒𝐚𝐢𝐧𝐬, 𝐓𝐞𝐤𝐧𝐨𝐥𝐨𝐠𝐢 𝐝𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐣𝐮𝐫𝐮𝐭𝐞𝐫𝐚𝐚𝐧 (𝐅𝐒𝐓𝐄), 𝐔𝐍𝐈𝐒𝐄𝐋! Fakulti melakar pencapaian membanggakan apabila berjaya merangkul Best Paper Award di The