Sekalung tahniah diucapkan kepada Dr. Emi Fazlina Bt Hashim atas penganugerahan Ijazah Doktor Falsafah dalam Kejuruteraan (Kejuruteraan Alam Sekitar untuk Simbiosis) daripada Soka University, Hachioji, Tokyo.
Pencapaian ini menjadi satu kebanggaan buat Fakulti Sains, Teknologi dan Kejuruteraan (FSTE), UNISEL dan seluruh warga UNISEL.
Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi untuk terus melakar kecemerlangan dalam bidang akademik, penyelidikan dan inovasi. 
Tahniah dan syabas, Dr. Emi Fazlina! 




