𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐁𝐈𝐍𝐂𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐂𝐀𝐃𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐍𝐂𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐓𝐕𝐄𝐓 𝐔𝐍𝐈𝐒𝐄𝐋
10 September 2025 | Rabu
Satu sesi perbincangan Cadangan Perancangan TVET Universiti telah diadakan bersama YBhg. Presiden & Naib Canselor, Profesor Emeritus Ir. Dato’ Dr. Hassan bin Basri, Dekan dan Timbalan Dekan Fakulti Kejuruteraan & Sains Hayat (FELS), warga akademik FELS, serta wakil daripada BHEA, CRIL dan CGQA. Turut hadir sama wakil daripada Fakulti Pengkomputeran & Seni Visual.
Sesi ini telah dimulai dengan pembentangan hala tuju agenda TVET di UNISEL oleh YBhg. Presiden & Naib Canselor dan diikuti dengan sesi perbincangan dengan semua kakitangan yang hadir.
Sesi perbincangan ini menjadi medan penting dalam memperkukuh agenda TVET di UNISEL, selain merangka hala tuju strategik ke arah melahirkan graduan berdaya saing dan memperkasakan kecemerlangan UNISEL di peringkat nasional serta global.










