๐…๐„๐‹๐’ – Memorandum Kerjasama (MoC) di antara Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), dengan Universiti Selangor (UNISEL), Selangor Technical Development Centre (STDC), dan Central Spectrum (M) Sdn Bhd.

โœ… Majlis Menandatangani Memorandum Kerjasama (MoC) telah berlangsung pada 1 Julai 2025 di Loji Air Selangor Langat 2, di antara Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), dengan Universiti Selangor (UNISEL), Selangor Technical Development Centre (STDC), dan Central Spectrum (M) Sdn Bhd.
ย 
Kerjasama ini diadakan bagi memperkukuh jalinan antara sektor industri dan akademik dalam usaha membangunkan kemahiran tenaga kerja serta memperkasakan teknologi berkaitan pengurusan air dan utiliti di negeri Selangor.
ย 
Ucaptama telah disampaikan oleh YAB Dato’ Seri Amirudin Shari, Datoโ€™ Menteri Besar Selangor, yang menekankan kepentingan kerjasama strategik ini dalam mengukuhkan kedudukan Selangor sebagai negeri peneraju dalam pembangunan lestari, inovasi teknologi air dan pengurusan sumber secara mampan.
Menurut beliau, โ€œMoC ini bukan sekadar perjanjian di atas kertas, tetapi merupakan satu komitmen jangka panjang dalam membentuk ekosistem pembangunan modal insan sejajar dengan hala tuju negeri maju dan mampan.โ€
ย 
Timbalan Naib Canselor UNISEL, Prof. Madya Dr. Hamdan Dato’ Mohd Salleh turut menyuarakan komitmen UNISEL dalam mendukung usaha Air Selangor melalui kepakaran akademik dan kemudahan latihan yang tersedia. Beliau berkata, โ€œUNISEL komited untuk memperkasa kompetensi tenaga kerja industri air dan memberi nilai tambah kepada pelajar menerusi pendedahan kepada pengalaman industri sebenar.โ€
ย 
Bagi pihak UNISEL, MoC telah ditandatangani oleh Prof. Madya Dr. Hamdan bin Datoโ€™ Hj. Mohd Salleh dan disaksikan oleh Prof. Madya Dr. Dzulkarnain, Dekan Fakulti Kejuruteraan dan Sains Hayat. Manakala Air Selangor diwakili oleh Encik Adam Saffian bin Ghazali, Ketua Pegawai Air Selangor, dengan Puan Asrina binti Shariff, Ketua Jabatan Sumber Manusia, sebagai saksi.
ย 
Majlis juga menyaksikan penyerahan surat lantikan kepada dua orang staf dari Air Selangor yang dilantik sebagai penasihat luar (industri). Mereka ialah Ir Ts Khairul Amran Bin Md Rashid bagi program ISM Kejuruteraan Awan dengan Kepujian dan Ts. ChM. Humairah Yeoh Yee Voon bagi program Diploma Kejuruteraan Awam.
ย 
Majlis diteruskan dengan lawatan ke Loji Rawatan Air Langat 2, yang memberi peluang kepada para delegasi untuk melihat secara langsung operasi rawatan air berskala besar serta teknologi yang digunakan dalam memastikan kualiti dan keselamatan bekalan air di Selangor.
ย 
ย 
ย 

FSTE – ๐—ฃ๐—ฟ๐—ผ๐—ด๐—ฟ๐—ฎ๐—บ ๐—š๐—น๐—ผ๐—ฏ๐—ฎ๐—น ๐—˜๐˜…๐—ฐ๐—ต๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ฒ ๐— ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐˜†๐˜€๐—ถ๐—ฎ (๐—š๐—˜๐— ) ๐—ฆ๐—ถ๐—ฟ๐—ถ ๐Ÿฐ

Program Global Exchange Malaysia (GEM) Siri 4 di Universiti Selangor (UNISEL) yang melibatkan seramai 23 orang pelajar dari Universitas Terbuka Indonesia dan Universitas Persada Indonesia

๐…๐„๐‹๐’ – ๐’๐„๐Š๐€๐‹๐”๐๐† ๐“๐€๐‡๐๐ˆ๐€๐‡

๐’๐ž๐ค๐š๐ฅ๐ฎ๐ง๐  ๐“๐š๐ก๐ง๐ข๐š๐กย Fakulti Sains, Teknologi dan Kejuruteraan (FSTE), Universiti Selangor (UNISEL) merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada para penyelidik FSTE atas kejayaan memperoleh Geran Penyelidikan Eksploratori dan Transformatif