𝐅𝐄𝐋𝐒 – Program Air Selangor River Care 2025

13 Julai 2025 | Sungai Selaru, Serendah
 
Pada 13 Julai 2025, seramai 24 pelajar UNISEL bersama Pensyarah Pengiring, Dr. Mohd Al-Akhbar, telah menyertai Program Air Selangor River Care 2025 sempena Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia 2025 yang dianjurkan oleh Air Selangor.
 
Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran peserta terhadap kepentingan penjagaan sungai serta menanam anak pokok bagi menguatkan tebing dan mencegah hakisan. Aktiviti bermula pada pukul 9.00 pagi dan melibatkan kerja pembersihan di tebing Sg. Selaru serta penanaman 100 anak pokok di kawasan sekitarnya.
 
Majlis perasmian disempurnakan oleh En. Adam Saffian Ghazali, Pengarah Eksekutif Air Selangor. Turut hadir wakil Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), Sahabat Sungai Selaru, dan penduduk setempat yang sama-sama memberi sokongan padu kepada program ini. Program yang berakhir pada pukul 12.00 tengah hari telah mendedahkan pelajar-pelajar UNISEL kepada aktiviti pemeliharaan alam sekitar serta melibatkan diri dengan aktiviti kemasyarakatan.
 
 

#FlyHighFELS
#uniselawesome 

 

FSTE – SYABAS & TAHNIAH!

SYABAS & TAHNIAH!  Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Dr Zou Seyin, Prof. Madya. Ts. Dr. Siti Hasmah binti Mohtar, Dr Roshani binti Othman dan Dr Rodiah

FSTE – SYABAS & TAHNIAH!

SYABAS & TAHNIAH!  Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Dr. Mohd Azam Bin Mohd Adnan dan barisan ahli kumpulan atas kejayaan menerbitkan artikel penyelidikan dalam jurnal berimpak