ย
Fakulti Kejuruteraan dan Sains Hayat (FELS), Universiti Selangor dengan kerjasama Solar Gadgetz telah berjaya menganjurkan Kursus Sistem Solar PV pada 9 Ogos 2025 bertempat di Fakulti Kejuruteraan & Sains Hayat, UNISEL Kampus Bestari Jaya.
Program ini bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran peserta dalam:
ย
โข Pengenalan sistem dan komponen solar PV
โข Kaedah pengiraan sistem hybrid / off-grid
โข Latihan praktikal pemasangan dan pendawaian
ย
Kursus ini yang telah dihadiri oleh 23 orang peserta daripada pelbagai agensi luar, telah dikendalikan dengan jayanya oleh Dr. Nor Laili Mahmud (UNISEL)
dan En. Faez Bazli Shamsul Bahri (Solar Gadgetz).
ย
Pihak penganjur merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua peserta yang telah memberikan komitmen penuh sepanjang program.
ย
Diharapkan ilmu dan kemahiran yang diperoleh dapat dimanfaatkan serta menyumbang kepada pembangunan teknologi tenaga hijau di Malaysia.
ย











