Selangor Techsphere Innovation Competition 2025 telah berlangsung dengan jayanya di Kuala Lumpur Convention Centre bersempena penganjuran Selangor Techsphere Summit 2025.
ย
Bertemakan โDriving Innovation Towards Sustainable and Competitive Industryโ, edisi kali ini menyerlah sebagai medan menghimpunkan idea-idea baharu dan solusi masa depan.
ย
Dengan penyertaan lebih daripada 70 inovasi hebat dari seluruh negara melibatkan universiti, agensi kerajaan dan syarikat swasta, program ini membuktikan bahawa ekosistem inovasi negara terus berkembang pesat dan kompetitif.
ย
Penganjuran ini merupakan hasil kolaborasi strategik antara UNISEL di bawah Fakulti Kejuruteraan dan Sains Hayat bersama Selangor Technical Development Centre (STDC), yang menjadi pemangkin dalam memperkasa budaya inovasi khususnya dalam bidang teknologi dan kejuruteraan.
ย
Inisiatif ini bukan sahaja mengangkat kreativiti para peserta tetapi turut menyumbang kepada pembangunan industri yang lebih mampan dan berdaya saing.
ย
Lebih membanggakan, Tempat Ketiga Inovasi Terbaik berjaya dirangkul oleh Ts. Hazmin Mansor, staf dari Fakulti Kejuruteraan dan Sains Hayat. Kemenangan ini bukan sekadar pengiktirafan terhadap ketajaman idea dan keupayaan teknikal beliau, tetapi juga simbol kecemerlangan fakulti dalam melahirkan inovator yang mampu bersaing di pentas nasional.
ย
Inilah bukti bahawa inovasi bukan sekadar konsep malah ianya adalah realiti yang sedang digerakkan oleh minda kreatif dan semangat juang warga Selangor.
ย
๐๐ผ๐๐๐๐๐ ๐๐๐
๐๐๐๐๐๐๐ผ๐ผ๐ ๐ฟ๐ผ๐ ๐๐ผ๐๐๐ ๐๐ผ๐๐ผ๐ (๐๐๐๐)
11 & 12 November 2025
ย
















