๐…๐„๐‹๐’ – UNISEL X NEXUS STEM FOR ALL 1.0 @ SMK Sri Kundang

UNISEL X NEXUS STEM FOR ALL 1.0 @ SMK Sri Kundang ๐ŸŒŸ
ย 
Fakulti Kejuruteraan & Sains Hayat (FELS), UNISEL berbesar hati menjadi sebahagian daripada program Nexus STEM For All 1.0 yang telah berlangsung dengan jayanya di SMK Sri Kundang.
Program ini menghimpunkan pelbagai institusi pendidikan tinggi dan agensi industri seperti UIA, UPM, UiTM (Forensik), Suruhanjaya Tenaga, Akademi Binaan Malaysia, MARDI, STEM UM serta Yamaha dalam usaha memperkukuhkan minat dan kesedaran pelajar terhadap bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).
๐Ÿ”ฌ Antara tarikan utama program:
โ€ข Pameran STEM interaktif oleh pelajar-pelajar sekolah di bawah PPD Gombak
โ€ข Perkongsian ilmu dan demonstrasi daripada agensi serta institusi terlibat
โ€ข Pendedahan awal kepada aplikasi STEM dalam dunia sebenar
FELS UNISEL telah diwakili oleh delegasi daripada Jabatan Kejuruteraan yang diketuai oleh Pn. Siti Norbaizura, bersama barisan tenaga akademik yang komited dalam menyantuni dan memberi inspirasi kepada para pelajar.
Penyertaan ini mencerminkan komitmen berterusan FELS dalam menyokong agenda pendidikan STEM serta membina generasi masa depan yang berdaya saing dan berinovasi tinggi.
๐Ÿ‘ Syabas dan tahniah kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini!
ย 

FSTE – ๐—ฃ๐—ฟ๐—ผ๐—ด๐—ฟ๐—ฎ๐—บ ๐—š๐—น๐—ผ๐—ฏ๐—ฎ๐—น ๐—˜๐˜…๐—ฐ๐—ต๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ฒ ๐— ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐˜†๐˜€๐—ถ๐—ฎ (๐—š๐—˜๐— ) ๐—ฆ๐—ถ๐—ฟ๐—ถ ๐Ÿฐ

Program Global Exchange Malaysia (GEM) Siri 4 di Universiti Selangor (UNISEL) yang melibatkan seramai 23 orang pelajar dari Universitas Terbuka Indonesia dan Universitas Persada Indonesia

๐…๐„๐‹๐’ – ๐’๐„๐Š๐€๐‹๐”๐๐† ๐“๐€๐‡๐๐ˆ๐€๐‡

๐’๐ž๐ค๐š๐ฅ๐ฎ๐ง๐  ๐“๐š๐ก๐ง๐ข๐š๐กย Fakulti Sains, Teknologi dan Kejuruteraan (FSTE), Universiti Selangor (UNISEL) merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada para penyelidik FSTE atas kejayaan memperoleh Geran Penyelidikan Eksploratori dan Transformatif