Fakulti Sains, Teknologi dan Kejuruteraan (FSTE), Universiti Selangor (UNISEL) berbesar hati menerima kunjungan peserta, guru pengiring serta delegasi tempatan dan antarabangsa sempena International Robotic Competition (IRC) 2026 yang berlangsung di Kampus Bestari Jaya pada 13 Jun 2026.
ย
Peserta dari Malaysia, Singapura, Filipina, Kemboja, India, Ghana dan Zimbabwe telah berpeluang melawat Makmal Genomic & Molecular Biotechnology serta Makmal Aquatic Biotechnology bagi melihat sendiri aplikasi sains, teknologi dan inovasi yang menyokong pembangunan teknologi masa hadapan.
ย
Antara tarikan utama lawatan ialah demonstrasi Leica Autostainer XL, sistem automasi pintar yang menggunakan teknologi robotik untuk proses pewarnaan sampel histologi secara automatik dan berketepatan tinggi. Demonstrasi ini memberi gambaran jelas tentang bagaimana teknologi robotik dan automasi diaplikasikan dalam penyelidikan saintifik moden.
ย
FSTE merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pensyarah dan penyelaras makmal yang telah menjayakan program ini. Semoga lawatan akademik seperti ini terus menyemarakkan minat generasi muda terhadap bidang STEM, sekali gus membuka peluang untuk meneroka kerjaya dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan inovasi.
ย
ย



