FSTE – STEMNOVA 2026: MENYEMAI INSPIRASI, MEMBINA LALUAN MASA DEPAN GENERASI STEM

🚀 STEMNOVA 2026: MENYEMAI INSPIRASI, MEMBINA LALUAN MASA DEPAN GENERASI STEM
 
📍 SMK Raja Muda Musa, Bestari Jaya
📅 26 Ogos 2026
 
Bagaimana pilihan aliran STEM hari ini boleh membentuk peluang kerjaya pada masa hadapan? 🔬💡
Persoalan inilah yang diketengahkan menerusi STEMNOVA 2026: Inspirasi dan Peluang Kerjaya STEM, anjuran Fakulti Sains, Teknologi dan Kejuruteraan (FSTE), Universiti Selangor (UNISEL) bersama SMK Raja Muda Musa, Bestari Jaya.
Program ini telah dirasmikan oleh Pn. Rosilawati binti Muanam, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMK Raja Muda Musa, sebagai tanda sokongan terhadap usaha memperkasa pendidikan dan minat pelajar dalam bidang STEM.
 
Seramai 95 pelajar Tingkatan 4 daripada aliran Sains Tulen, Sains Komputer dan Pertanian telah menyertai program yang memberi pendedahan tentang laluan pendidikan selepas SPM, pilihan pengajian serta peluang kerjaya dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).
 
🎓 INSPIRASI • PENEROKAAN • PENGALAMAN
 
Sesi perkongsian bertajuk “Inspirasi STEM dan Kerjaya” telah disampaikan oleh Prof. Madya Ts. Dr. Siti Hasmah binti Moktar, manakala alumni UNISEL, CSci. Ts. Dr. Muhamad Afiq Faisal bin Yahaya, Penolong Pengurus, Pembangunan Perniagaan, Pharmaniaga Bhd., turut berkongsi menerusi tajuk “STEM Dilemma: Today’s Choice for Tomorrow’s Career”.
 
Kedua-dua sesi perkongsian ini membawa mesej penting bahawa pemilihan aliran STEM bukan penentu mutlak kerjaya, sebaliknya merupakan titik permulaan untuk meneroka pelbagai peluang pada masa hadapan.
Lebih menarik, pelajar turut berpeluang belajar secara hands-on dan interaktif menerusi enam modul STEM:
 
🔹 My Future Roadmap STEM
🔹 Pameran Inovasi Madu Lebah Kelulut
🔹 Pameran Inovasi Penghasilan Makanan Ikan
🔹 DIY Lipstik Organik
🔹 DIY Mikroorganisma
🔹 Puzzle Challenge 🧩
 
Pelajar turut diperkenalkan dengan laluan pengajian Program Asas Sains dan Diploma FSTE UNISEL, sekali gus memberi gambaran lebih jelas tentang pilihan pendidikan yang boleh diterokai selepas SPM.
 
🤝 STEMNOVA 2026 juga menjadi platform penting dalam memperkukuh hubungan strategik antara FSTE UNISEL dan SMK Raja Muda Musa, termasuk potensi pembangunan sekolah sebagai Sekolah Angkat STEM FSTE.
 
Penganjuran program ini mencerminkan komitmen UNISEL dalam mendekatkan pendidikan tinggi kepada komuniti sekolah serta membantu generasi muda membuat pilihan pendidikan berdasarkan minat, potensi diri dan maklumat kerjaya yang tepat.
 
💙 Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak pengurusan UNISEL, Pengetua SMK Raja Muda Musa, Pn. Rosilawati binti Muanam, para guru, Guru Bimbingan dan Kaunseling SMKRMM, Pn. Nur Azizah binti Mohd Fua’ad, serta seluruh warga SMK Raja Muda Musa atas kerjasama dan sambutan yang diberikan.
 
Tidak dilupakan penghargaan kepada para pensyarah FSTE dan 5 orang pelajar fasilitator Tahun Asas Sains Semester 2 yang turut bersama-sama menjayakan STEMNOVA 2026.
 
✨ “Pilihan hari ini membentuk peluang hari esok.”
 

FSTE – 𝐓𝐚𝐡𝐧𝐢𝐚𝐡 𝐝𝐚𝐧 𝐬𝐲𝐚𝐛𝐚𝐬

  𝐓𝐚𝐡𝐧𝐢𝐚𝐡 𝐝𝐚𝐧 𝐬𝐲𝐚𝐛𝐚𝐬 𝐝𝐢𝐮𝐜𝐚𝐩𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐰𝐚𝐫𝐠𝐚 𝐅𝐚𝐤𝐮𝐥𝐭𝐢 𝐒𝐚𝐢𝐧𝐬, 𝐓𝐞𝐤𝐧𝐨𝐥𝐨𝐠𝐢 𝐝𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐣𝐮𝐫𝐮𝐭𝐞𝐫𝐚𝐚𝐧 (𝐅𝐒𝐓𝐄), 𝐔𝐍𝐈𝐒𝐄𝐋! Fakulti melakar pencapaian membanggakan apabila berjaya merangkul Best Paper Award di The