Program Hala Tuju Selepas SPM: My Next Step telah berlangsung di Surau Banin, Maahad Tahfiz Darul Hikmah (MTDH), dengan penyertaan seramai 120 orang pelajar dan ibu bapa.
Program ini memberi pendedahan berkaitan pengisian UPU Online, penentuan merit, pilihan pendidikan selepas SPM, laluan pengajian tinggi, kemahiran serta peluang kerjaya.
Turut diadakan taklimat hala tuju selepas SPM, penyerahan slip percubaan SPM 2026 kepada ibu bapa dan penjaga serta pameran pendidikan daripada pelbagai institusi termasuk UNISEL, UIS, MAIWP dan KTPUM Bangi.
Pensyarah Fakulti Sains, Teknologi dan Kejuruteraan (FSTE), UNISEL turut bersama berkongsi informasi berkaitan program pengajian serta prospek kerjaya dalam bidang sains, teknologi dan kejuruteraan.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak pengurusan Maahad Tahfiz Darul Hikmah (MTDH), para pelajar, ibu bapa, penceramah serta semua institusi jemputan atas kerjasama dan komitmen dalam menjayakan program ini.



