Pertandingan Fotografi Kreatif

Faculty of Engineering and Life Sciences

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN:

  1. Pertandingan terbuka kepada seluruh warga UNISEL (termasuk staf dan pelajar);
  2. Penyertaan adalah PERCUMA;
  3. Gambar yang dihantar mestilah yang asli dan belum pernah digunakan.
  4. Hanya gambar yang dimuatnaik mulai 7 sehingga 31 Mac 2022 yang akan dinilai;
  5. Tema gambar adalah perlu memaparkan papan tanda FELS.
  6. Gelagat dan aksi di dalam gambar mestilah sopan dan tidak melanggar tatatertib.
  7. Suntingan atau ubahsuai seperti pengubahan brightnesscroppingsoftening dan sharpening terhadap hasil kerja menggunakan aplikasi instagram adalah dibenarkan.
  8. Peserta bebas menggunakan sebarang jenis iPhone/iPad atau sebarang peralatatan yang menggunakan sistem ANDROID;
  9. Kos penyertaan pertandingan ini ditanggung sendiri;
  10. Peserta boleh menghantar seberapa banyak gambar hanya layak memenangi 1 hadiah sahaja;
  11. Pihak penganjur (FELS) mempunyai hak milik ke atas gambar pertandingan dan berhak menggunakan bahan tersebut untuk sebarang tujuan tanpa sebarang bayaran kepada peserta;
  12. Pemenang-pemenang akan diumumkan di Instagram rasmi FELS; dan,
  13. Setiap hasil kerja perlu dilengkapi dengan maklumat seperti berikut:
    – Nama peserta
    – Tanda pagar: #FlyhighFELS #uniselawesome #FelsFotoKreatif
  • Tag Instagram rasmi FELS @fels.unisel
  • Caption yang sesuai

KRITERIA PEMARKAHAN

  1. Pemenang akan ditentukan oleh Juri yang dilantik oleh FELS;
  2. Penilaian dan penghakiman adalah berasaskan pematuhan syarat-syarat pertandingan seperti yang digariskan;
  3. Penilaian dan penghakiman terhadap karya gambar adalah lebih tertumpu pada ’Tema’ dan ’Daya Kreativiti’, bukannya pada kemampuan merakam gambar secara profesional;
  4. Namun demikian, kualiti gambar juga akan diambil kira dalam pemberian markah;
  5. Jumlah like dan share terbanyak juga diambilkira sebagai kriteria untuk memenangi pertandingan ini;
  6. Keputusan panel juri adalah muktamad.

#flyhighfels