FELS | π”ππˆπ’π„π‹ ππ„π‘πŠπŽπ‹π€ππ„π‘π€π’πˆ 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍 π”ππˆπ•π„π‘π’πˆπ“πˆ & π’π˜π€π‘πˆπŠπ€π“ π“π„π‘πŠπ„πŒπ”πŠπ€ πŠπŽπ‘π„π€ 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐓𝐀𝐍

Universiti Selangor (UNISEL) menerusi Fakulti Kejuruteraan dan Sains Hayat (FKSH) hari ini telah mengadakan pertemuan dalam satu sesi ‘Non Disclosure Agreement’ diantara Safuan Korea, Korea Soongsil Cyber University, Korea Telecom dan Nonghyup Bank.
Tujuan perjumpaan ini dilaksanakan adalah bertujuan untuk melanjutkan kajian terhadap teknologi mikroorganisma dalam bidang pertanian bagi jangka masa panjang bersama dengan UNISEL.
Β 
Dalam pada itu, kolaberasi terhadap silibus dan kandungan bagi memartabatkan lagi pendidikan terhadap teknologi agrikultur turut bakal dilaksanakan bersama dengan dua lagi wakil industri pendidikan di Korea Selatan iaitu Seoul Universiti dan Korea Advanced Institute of Science and Technology (KAIST).
Β 
Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor UNISEL menandatangani ‘Non Disclosure Agreement’ bersama Mr. Lee Kye Jin, Chairman Safuan Korea, Tan Sri Ahmad Zaki Ansore, President for Education & R&D, Mr. Park Safuan, Managing Director bagi Safuan Korea usai pembentangan oleh Presiden dan Naib Canselor UNISEL.
Β 
HASRIL ABU HASSAN
Pengarah Komunikasi Korporat
Universiti Selangor
16 April 2024
Β 

#FlyHighFels
#uniselawesome

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *