Pingat Emas Dalam NATIONAL INNOVATION AND INVENTION COMPETITION THROUGH EXHIBITION 2020 (iCompEx 2020)

Sekumpulan penyelidik dari Jabatan Sains dan Bioteknologi, Fakulti Kejuruteraan dan Sains Hayat, UNISEL yang diketuai oleh Dr. Siti Hasmah Mohtar telah menyertai pertandingan inovasi peringkat kebangsaan iaitu iCompEX 2020 (National Innovation and Invention Competition through Exhibition 2020). Pertandingan anjuran Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (POLIMAS), Jitra, Kedah ini dijalankan secara virtual (online) di mana peserta dikehendaki
menghantar satu poster berserta video pendek berdurasi 5 minit untuk penilaian juri.

Kemuncak program adalah pada 21 Julai 2020 di mana majlis pengumuman pemenang bagi 9 kategori inovasi dijalankan secara atas talian (online) melalui FB live. Projek inovasi yang dipertandingkan bertajuk ‘AQUABETEL™: Makanan Berformulasi Herba bagi Organisma Akuatik’ memenangi emas di bawah kategori ‘Pertanian, Alam Sekitar dan Tenaga boleh diperbaharui. Produk inovasi ini dibangunkan hasil penyelidikan yang dijalankan oleh Dr. Siti Hasmah Mohtar selaku ketua projek melalui dana di bawah Geran Penyelidikan Negeri Selangor (GPNS 2019-2020).

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *