TAHNIAH | Dana RM 4.12 juta daripada Kerajaan Negeri Selangor (SUK)

Syabas & Setinggi-tinggi Tahniah buat Timbalan Dekan Pembangunan Pelajar, Sumber & Penyelidikan FELS, Dr Intan Faraha A. Ghani dan kumpulan penyelidik di atas kejayaan memperolehi Dana pembangunan pendidikan dan Penyelidikan yang berjumlah RM 4.12 juta daripada Kerajaan Negeri Selangor.

Teamwork makes the dream work.

Peruntukan ini adalah dibawah Pembangunan Pendidikan Kementerian Pengajian Tinggi Selangor dan Program Inisiatif Kemahiran Teknikal dan dan Ikhtisass Smart Selangor (IKTISASS) bagi tahun 2021. .Usaha ini merupakan inisiatif Ybhg Dato’ Dr Redzuan (Naib Canselor Unisel) dan usaha semua ahli kumpulan untuk melonjakkan nama UNISEL ke satu tahap yang lebih tinggi.Perjalanan masih panjang.

Semoga dana ini mampu untuk memberi seribu kebaikan dalam bidang pertanian dan akuakultur, sekaligus menaikkan nama UNISEL dan FELS ke satu tahap yang lebih tinggi. . Kejayaan beliau dan penyelidik-penyelidik FELS membuktikan tiada yang mustahil boleh dicapai.Dr. Intan Faraha merupakan lulusan Lulusan Doktor Falsafah (Akuakultur) dalam Bidang akuakultur dan biologi ikan. Beliau yg menamatkan pengajian dalam doktor falsafah pada tahun 2019 mempunyai minat mendalam dalam penyelidikan yang berteraskan teknologi bagi penternakan dan agropertanian moden.

Sekali lagi, tahniah Dr. Intan dan team beliau!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *