FELS | Bengkel Semakan Kurikulum 2023

18-20 Ogos 2023 | Fakulti Kejuruteraan & Sains Hayat 2023 | Hotel Avillion Admiral Cove, Port Dickson.
 
Alhamdulillah bengkel semakan kurikulum selama 3 hari 2 malam ini telah disempurnakan dengan jayanya. Kami sangat berbesar hati dengan kehadiran Y.Bhg. Dato’ Naib Canselor & Presiden UNISEL untuk merasmikan bengkel ini. Y.Bhg Dato’ juga telah meluangkan masa bersama kakitangan FELS untuk solat berjemaah dan menyampaikan kuliah Maghrib.
Kami juga turut berbesar hati dengan kehadiran Naib Canselor Akademik, Penyelidikan & Jaringan Industri UNISEL untuk merasmikan majlis penutup bengkel ini.
Semoga dengan usaha yang dijalankan ini dapat memantapkan lagi kualiti akademik bagi program-program yang ditawarkan di FELS.
 

#FlyHighFELS

#uniselawesome

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *