FELS | Fels Undergraduates Symposium 2023

20 Julai 2023 | FELS-US 2023

 

‘FELS Undegraduate Symposium 2023’ telah berlangsung pada 20 Julai 2023. Simposium ini yang telah dirasmikan oleh Dekan Fakulti Kejuruteraan dan Sains Hayat, Prof Madya Dr. Dzulkarnain Ahmad dan  Majlis penutup dihadiri oleh Naib Presiden & Timbalan Naib Canselor (pembangunan pelajar dan penglibatan masyarakat) Prof Madya Dr. Hamdan bin Dato’ Mohd Salleh. Program ini telah berjaya mengumpulkan seramai 35 orang pelajar untuk membentangkan projek tahun akhir mereka. Simposium ini juga melibatkan panel akademik dan industri daripada luar UNISEL bagi menjadi penilai kepada pembentangan pelajar.

 

Penganjuran simposium ini adalah usaha FKSH, dengan matlamat untuk memenuhi sebahagian aktiviti seminar dan wacana peringkat universiti dengan melibatkan pelajar prasiswazah, di samping membantu mereka menghasilkan penulisan dan penerbitan jurnal atau sebarang bentuk artikel bagi meningkatkan hasil atau produk penyelidikan yang seiring dengan agenda universiti.

Tahniah diucapkan kepada pelajar-pelajar yang telah memenangi anugerah pembentang terbaik bagi setiap kategori. Semoga terus cemerlang di masa akan datang.

 

FELS juga ingin mengucapkan sekalung penghargaan dan syabas kepada semua ahli jawatankuasa yang telah menjayakan majlis ini.

 

#FlyHighFELS

#uniselawesome

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *